HARTA PUSAKA YANG HARAM DIMAKAN
"𝐂𝐢𝐧𝐜𝐢𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐤𝐮!"
"𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐜𝐚𝐤𝐚𝐩 𝐝𝐮𝐥𝐮 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐚𝐭𝐢, 𝐚𝐤𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚."
Adakah kita sedar, budaya yang menjadi norma kehidupan masyarakat kita ni sebenarnya adalah budaya yang merisaukan.
Inilah sebabnya kita perlu cakna perihal hukum berkaitan harta pusaka. Yang bukan milik kita pasti-pastinya haram dimakan. Kerana setelah seseorang itu meninggal dunia, maka harta yang ditinggalnya menjadi harta pusaka, dan harta pusaka adalah milik waris mengikut hukum faraid.
Tapi kenapa bila sudah ada hukum faraid pun, harta terbeku semakin lama semakin banyak?
Inilah yang kita maksudkan, pengurusan harta pusaka melibatkan emosi. Tanpa pengurusan yang betul, proses akan menjadi lama dan akhirnya harta menjadi beku.
Sebelum harta kita marathon dengan jayanya menyertai statistik Jabatan ketua pengarah Tanah dan Galian ini, marilah kita merancang. Rancanglah kerana anda sayang.
#hibahhartanah
#hibahtakaful
#pewarisanhartaIslam
#Faraid
#wasiat
#pusaka