Lupus hutang rumah bukan bermaksud lupus hak waris faraid
Pemilik Rumah : “Saya dah hibah rumah saya kepada isteri saya”
Perunding Pewarisan: “Alhamdulillah, tuan dah buat hibah hartanah yea?”
Pemilik Rumah : “Saya dah letak nama isteri saya dalam hibah takaful”
Ini adalah antara dialog yang sering perunding pewarisan hadapi.
Persepsi:
Persepsi waris bila tolong bayarkan hutang rumah dari wang mereka sendiri atau wang yang mereka terima dari pampasan takaful atau insurans akan menyebabkan rumah itu menjadi hak si pembayar adalah Tidak Tepat.
Realiti:
Realitinya bahagian faraid hanya lupus bila;
1.Waris menolak bahagian faraid
2.Waris murtad atau bukan beragama Islam
3.Waris penyebab kematian/pembunuh
4.Harta telah dihibahkan oleh pemilik
Solusi:
Jika mahu rumah diberi kepada individu tertentu, pemilik perlu :
1. Hibahkan rumah yang masih bercagar semasa hidup.
2. Lantik wasi individu atau syarikat amanah yang boleh melaksanakan urusan pentadbiran pusaka dengan efektif.
3. Sediakan peruntukan kos pengurusan pusaka semasa hidup untuk memudahkan urusan waris.
4. Rujuk perunding pewarisan yang professional dan terlatih
#hibahhartanah #hibahtakaful #pewarisanhartaIslam #Faraid #wasiat #pusaka
Penulisan kredit: FB encik Khamarul Azhar Hashim