Pusaka atau Puaka??
"Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya." Harta Pusaka atau Harta PUAKA? Kalau dah sampai boleh hilang nyawa dibuatnya, memang puaka lah.
Bila sebut harta pusaka, tak boleh lari dari perasaan dan EMOSI. Pengalaman EMOSI bergantung kepada PERSEPSI otak manusia terhadap peristiwa yang dilalui (Cannon-Bard). Persepsi ini boleh dipengaruhi dari pengalaman dari dalaman dan luaran.
Persepsi atau Realiti? Dari pengalaman saya dalam industri pewarisan, banyak persepsi dari realiti. Bila berlaku pertembungan diantara persepsi dan realiti, maka boleh membawa kepada pusaka menjadi puaka.
Bagaimana boleh jadi begini?
5 Sebab
1. Tidak ada ilmu pewarisan
2. Tidak faham proses pengurusan pusaka
3. Tidak kisah isu makan harta bathil
4. Tidak peduli putus siratulrahim
5. Tidak merancang dari awal dan rujuk pada yang ahli (pakar)
Semua diatas mengundang persepsi. Pemilik harta ambilah sikap bertanggung jawab untuk merancang harta semasa hidup. Bukan sahaja pemilik dapat menguruskan perjalanan pengurusan dan pembahagian tetapi dapat menguruskan persepsi yang bakal dilalui oleh waris yang ditinggalkan. Terlalu banyak emosi yang perlu diurus. Bukankah lebih mudah diurus dari awal oleh pemilik?
Pusaka atau Puaka? Tepuk dada tanya diri. Pilihan ditangan anda sebagai pemilik.
Kredit penulisan : Mentor Khamarul Azhar Hashim
http://www.wasap.my/60173835083/PengurusanPusaka
http://www.wasap.my/60173835083/PengurusanPusaka
#pewarisanhartaIslam #pusaka #puaka #hibah #wasiat #faraid