Rumah yang boleh dihibahkan


 Rumah sebagai aset terpenting dalam keluarga dan menjadi tempat berteduh & berlindung bagi pasangan yang hidup dan mempunyai anak2.


Rumah juga adalah aset tidak alih, iaitu ianya tidak mudah untuk diagihkan sesama waris jika berlaku kematian. Berbeza dengan wang tunai yang sudah pasti mudah dibahagikan kerana ianya adalah aset mudah alih.


Sebab itulah jika pasangan kita mati, rumah atas nama pasangan tersebut telah bertukar status menjadi pusaka dan perlu diuruskan. Jika tiada perancangan, rumah diagihkan secara faraid. Proses inilah yang akan mengambil masa yang agak lama, walaupun semua waris faraid muafakat.


Namun, apabila kita hibahkan rumah kepada pasangan atau anak-anak kita, rumah tersebut tidak perlu dibahagi secara faraid apabila kita meninggal dunia. Ianya akan terus dapat kepada penerima hibah.


Adakah ini bermaksud hibah lebih baik dari faraid?

Hibah dan faraid keduanya adalah undang-undang dari Allah. Kedua-duanya sememangnya saling melengkapi dan setiap satunya ada fungsi tersendiri terpulang kepada keperluan kita.


Sebagus manapun hukum atau undang-undang yang disediakan, ianya tetap tidak akan memberi manfaat kepada mereka yang tidak berilmu dan tidak mahu mempelajarinya.


Disebabkan itulah, sebanyak 70 billion pusaka yang terbeku di Malaysia. Jadi, jangan jadikan harta yang anda ada sekarang ni bakal termasuk dalam statistik harta terbeku ini.


#JomBelajar #PewarisanHartaIslam #HibahHarta #MestilahPositif